Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol ditemui pemberita pada Majlis Pra Pelancaran Jambatan Batang Rajang di Sarikei, hari ini. Foto TVS

Jambatan Batang Rajang lonjak ekonomi masyarakat pesisir

SARIKEI, 27 Mac: Jambatan Batang Rajang bukan sahaja memperkukuh jaringan jalan raya di kawasan pesisir, tetapi juga membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat, khususnya dalam sektor perikanan, pertanian dan pelancongan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata jambatan ini merupakan salah satu daripada 12 jambatan yang sedang dibina dalam rangkaian Jalan Pesisir Sarawak dengan jumlah kos hampir RM3.8 bilion.

“Infrastruktur ini bukan sekadar memudahkan pergerakan penduduk, malah berpotensi merancakkan sektor pelancongan.

“Beberapa kawasan pesisir telah dikenal pasti sebagai destinasi pelancongan baharu yang boleh dibangunkan untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pra Pelancaran Jambatan Batang Rajang di sini, hari ini.

Beliau berkata pembinaan jambatan ini membawa manfaat besar kepada komuniti nelayan dan petani yang merupakan penduduk utama di kawasan pesisir.

“Dengan jaringan jalan yang lebih baik, mereka kini dapat mengangkut hasil laut dan pertanian ke pasaran dengan lebih pantas, mudah serta kos yang lebih rendah.

“Kerajaan Sarawak juga terus menggalakkan sektor pertanian sebagai sumber pendapatan utama rakyat pesisir,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan