Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas memotong reben sebagai simbolik pembukaan Jambatan Batang Rajang di Sarikei, hari ini. Foto TVS

Jambatan Batang Rajang dibuka, perjalanan lebih singkat antara Sarikei dan Tanjung Manis

SARIKEI, 27 Mac: Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi yang memendekkan perjalanan antara Sarikei dan Tanjung Manis dibuka kepada umum selepas Majlis Pra Pelancarannya yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

Menurut Uggah, jambatan tersebut boleh terus digunakan dan bukan hanya dibuka untuk tempoh dua minggu seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada semua wakil rakyat kawasan tersebut kerana mendapat jambatan baharu yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi di kawasan sekitar.

“Kita ucap terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang telah memberi dana bagi membina Jalan Pasi sepanjang 17 kilometer dengan sebuah jambatan yang menelan kos RM321.2 juta.

“Sekarang ini musim ‘menuai’ jambatan. Ada beberapa lagi jambatan yang akan siap pada tahun ini.

“Antaranya Jambatan Batang Saribas 1, Jambatan Batang Lingga, Jambatan Batang Lupar 1, Jambatan Limbang, Jambatan Batang Igan, Jambatan Sebauh dan Jambatan Sejingkat. Tujuh jambatan ini kita harap dapat disiapkan tahun ini,” tambahnya.

Katanya lagi, pada tahun hadapan beberapa jambatan lagi akan disiapkan seperti Jambatan Batang Paloh, Jambatan Batang Krian, Jambatan Batang Lupar 2 dan Batang Saribas.

Menurut Uggah terdapat 16 jambatan yang dibina Kerajaan Sarawak keseluruhannya dengan empat daripadanya telah siap.

“Dalam satu tahun kita dapat siapkan 11 jambatan. Ini adalah semua dana Sarawak seratus peratus,” ujarnya lagi.

Jambatan dengan panjang keseluruhan 1,440 meter itu bakal memudahkan pergerakan penduduk setempat serta meningkatkan kegiatan sosioekonomi di kawasan sekitar.

Ia dapat mengurangkan jarak perjalanan antara Sarikei ke Tanjung Manis daripada 122 kilometer kepada hanya 53 kilometer, sekali gus memendekkan masa perjalanan daripada dua jam setengah kepada hanya 45 minit.

Di samping itu, perjalanan dari Bintangor ke Tanjung Manis turut lebih singkat, dengan pengurangan jarak daripada 108 kilometer kepada 60 kilometer dan masa perjalanan daripada dua jam kepada hanya satu jam.

Jambatan ini merupakan hadiah sempena Aidilfitri kepada penduduk di kawasan Sarikei dan Tanjung Manis, yang sekian lama menantikan kemudahan penghubung bagi mempercepatkan urusan harian serta meningkatkan taraf hidup. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan