Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat jenis Airbus A320-216 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Shenzhen, China itu terpaksa berpatah balik ke KLIA Terminal 2 dan melakukan pendaratan kecemasan, malam tadi. Foto JBPM Selangor

Enjin terbakar, pesawat Air Asia selamat mendarat di KLIA 2

ByBernama

SHAH ALAM, 27 Mac: Penerbangan Air Asia AK128 dalam perjalanan ke Shenzhen, China terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) sejurus berlepas, kerana dilaporkan berlaku kebakaran enjin di sebelah kanan pesawat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung pendaratan kecemasan pesawat pada 10.37 malam, sebelum menggerakkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama sembilan anggota ke lokasi.

Beliau berkata pesawat yang berlepas pada 9.59 malam dan membawa 171 penumpang serta anak kapal itu, mendarat dengan selamat pada 12.08 tengah malam di KLIA 2 dengan api telah dipadamkan.

“Pegawai Operasi melaporkan pesawat jenis Airbus A320-216 itu mengalami kerosakan pada Pneumatic Ducting Burst dan api telah dipadamkan oleh sistem Halon dalam pesawat sebelum pesawat mendarat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata bomba kemudiannya bertindak membantu mengeluarkan mangsa daripada pesawat dan memastikan tiada lagi punca api sehingga selesai.

Beliau berkata operasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat KLIA itu, turut melibatkan tiga anggota daripada pasukan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan