Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bazar Aidilfitri Satok terus menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan. Foto Suara Sarawak

Bazar Aidilfitri Satok lubuk cari baju raya

KUCHING, 27 Mac:Setiap kali Ramadan, Bazar Aidilfitri Satok terus menjadi tumpuan utama warga Kuching untuk mendapatkan segala keperluan menyambut Syawal.

Bazar tersebut dianjurkan Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KUBSB) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Beroperasi sejak 16 Mac lalu sehingga 30 Mac ini, bazar yang terletak di pusat Bandar raya Kuching itu menempatkan kira-kira 200 penjaja yang menawarkan pelbagai barangan keperluan Aidilfitri.

Antara yang menjadi rebutan termasuklah Baju Melayu, Baju Kurung, songkok, sampin, biskut raya, Kek Lapis Sarawak dan pelbagai lagi.

Memetik laporan Suara Sarawak, Pengerusi KUBSB Awang Adam Awng Rabai berkata, bazar kali ini menawarkan pelbagai keperluan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menurutnya, bazar yang dianjurkan sejak tahun 2010 itu membantu untuk meningkatkan ekonomi usahawan Bumiputera di samping memasarkan produk tempatan.

“Bazar yang penuh nostalgia ini dijangka menarik lebih 100,000 pengunjung pada tahun ini. Terima kasih kepada semua peniaga, orang ramai dan DBKU yang memberi peluang kepada kami untuk menganjurkan bazar ini,” katanya.

Sementara itu, rata -rata peniaga meluahkan rasa syukur dan teruja kerana diberi peluang untuk berniaga di bazar terpanjang di Sarawak itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan