Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) mengenal pasti sebanyak 661 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) Foto fail TVS

Banjir di Johor beransur pulih, mangsa berkurang kepada 405 orang

ByBernama

JOHOR BAHRU, 27 Mac: Situasi banjir di Johor beransur pulih dengan jumlah mangsa berkurang kepada 405 orang setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 909 orang yang direkodkan, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan semua mangsa daripada 116 keluarga, berlindung di lima PPS di dua daerah terjejas iaitu Batu Pahat dan Pontian.

“Daerah Batu Pahat mencatatkan 364 mangsa daripada 107 keluarga, sementara Pontian pula merekodkan 41 orang daripada sembilan keluarga.

“Lima PPS yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya dan SK Sinaran Tampok, Pontian; serta Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, SK Sri Comel dan Dewan Orang Ramai Tongkak Pechah di Batu Pahat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keadaan cuaca di kesemua 10 daerah di negeri itu dijangka cerah pada pagi ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan