Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono

52,000 pekerja Indonesia di Sarawak

KUCHING, 27 Mac: Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono menyatakan jumlah pekerja Indonesia yang berada di Sarawak dianggarkan sekitar 52,000 orang.

Memetik laporan Suara Sarawak, beliau berkata, angka tersebut diperoleh berdasarkan data pemilih dalam Pemilihan Umum (PEMILU) 2024 yang merangkumi mereka yang memiliki KTP atau Kad Keluarga iaitu dokumen wajib untuk mengundi.

“Pada awalnya, seramai 65,000 rakyat Indonesia berdaftar sebagai pemilih dalam PEMILU 2024. Namun, menjelang hari pengundian, angka tersebut berkurang kepada 52,000 orang.

“Jumlah ini sentiasa berubah kerana pekerja (Indonesia) keluar masuk (ke Sarawak). Ada yang sudah balik ke Indonesia, ada yang baru datang. Namun, berdasarkan data pemilih, sekitar 52,000 rakyat Indonesia yang bekerja di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa bersama media di Pejabat Konsulat Jenderal Indonesia Kuching, di sini, malam tadi.

Menjelas lanjut katanya, majoriti pekerja Indonesia yang berada di Sarawak memilih untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan, kilang dan perkhidmatan.

“Mereka datang dari pelbagai wilayah di Indonesia, dengan jumlah terbesar dari Sulawesi Selatan, Nusa Tenggara Timur (NTT) dan Nusa Tenggara Barat (NTB),” ujarnya.

Ketika ditanya tentang pemulangan rakyat Indonesia bagi tempoh Januari 2025 hingga 26 Mac 2025 (semalam), Raden berkata, Konsulat Indonesia memulangkan lebih daripada 1,000 rakyat Indonesia.

Menurutnya, pemulangan tersebut disebabkan oleh pelanggaran imigresen, termasuk masuk Sarawak secara haram, tinggal melebihi tempoh dan bekerja tanpa permit.

Manakala sepanjang tahun lalu ujarnya, seramai 4,800 rakyat Indonesia dipulangkan kerana masalah berkaitan imigresen.

“Konsulat turut membantu pemulangan rakyat Indonesia yang ditahan di pusat tahanan imigresen Malaysia.

“Setakat ini, seramai 263 pekerja dipulangkan dari Depo Bekenu dan Depo Semuja,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan