Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 36 mangsa banjir daripada 12 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dato Angian Andulag, Apin-Apin, di Keningau hari ini. Foto Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Keningau (Facebook)

36 mangsa banjir ditempatkan di PPS Keningau

ByBernama

KOTA KINABALU, 27 Mac: Sebanyak 36 mangsa banjir daripada 12 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dato Angian Andulag, Apin-Apin, di Keningau hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Negeri dalam kenyataan memaklumkan PPS berkenaan mula dibuka pada 7 pagi tadi.

“JPB daerah Keningau telah mengistihar bencana akibat banjir ke atas kampung sekitar Sungai Pagalan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, laman sesawang Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan berlaku ribut petir di beberapa tempat di pedalaman Sabah malam ini.

Esok juga diramalkan ribut petir di beberapa tempat di kawasan pedalaman di negeri itu dengan suhu minimum 21 darjah Celsius dan minimum 34 darjah Celsius.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan