KUCHING, 26 Mac: Seorang lelaki dan dua wanita cedera selepas van dinaiki melanggar pokok dalam kemalangan kendiri di Jalan Sultan Tengah, Jalan Rampangi di sini, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi(PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.59 malam dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah van kemalangan kendiri melanggar pokok dan terdapat tiga mangsa terlibat.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba secara manual,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa dibawa ke hospital menggunakan EMRS bomba, ambulans bulan sabit dan ambulans KKM ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapat rawatan.
“Setelah memastikan keadaan selamat dan sisa-sisa kemalangan di bersihkan, anggota bersama jentera bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS