Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi bercakap semasa ditemui media selepas Program Ziarah Ramadan Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam di Masjid Darul Hasanah di Kuching pada Rabu. Foto:TVS

Tiada projek sakit, 100 masjid dan surau di Sarawak sedang giat dibina

KUCHING, 26 Mac: Kira-kira 100 buah masjid dan surau di seluruh Sarawak berada dalam proses kerja pembinaan melibatkan pelbagai peringkat setakat ini , kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Menurut beliau pihaknya sentiasa berhubung dengan konsultan dan juga kontraktor yang terlibat sebagai usaha untuk mempercepatkan pembinaan projek-projek tersebut.

Dr Abdul Rahman memberitahu masih terdapat empat lokasi pembinaan masjid atau surau yang menghadapi masalah hingga ia tidak dapat disiapkan mengikut jadual iaitu di Kampung Tabakang, Serian, di Matang, Kuching, Belaga dan Miri.

“Ada yang sudah hampir siap, ada yang sudah siap dan rasmi dan ada dalam perlaksanaan.

“Saya rasa empat buah yang masih menghadapi masalah hingga mereka tidak dapat disiapkan mengikut jadual namun kita belum kategorikan sebagai projek sakit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Program Ziarah Ramadan Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam di Masjid Darul Hasanah di Kuching pada Rabu.

Sementara itu, mengulas berkenaan isu tangkapan terhadap masyarakat Islam yang didapati tidak berpuasa, Dr Abdul Rahman meminta pihak penguasa tempatan mengambil pendekatan dengan memberikan nasihat kepada mereka untuk menunaikan ibadah berpuasa sekali gus menghormati bulan Ramadan.

Jelasnya, melalui maklum balas yang diterima, rata-rata masalah kesihatan menjadi punca mereka tidak mampu untuk menunaikan ibadah berpuasa sebagai umat Islam yang lain.

“Kita mengambil pendekatan untuk memberi nasihat kepada mereka mereka yang didapati tidak mengamalkan ibadah puasa seperti yang telah kita maklumkan kepada penguasa penguasa kita untuk mereka yang ditangkap itu.

“Namun demikian maklum balas yang diperolehi amat baik bahawa mereka yang didapati tidak berpuasa ada alasan tertentu iaitu kebanyakkannya alasan kesihatan,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan