Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
James Buu pada majlis Best of Salam Taiwan Award Night di Glasshouse, Seputeh pada Selasa. Foto Adlina Rahman (TVS)

Taiwan tumpu kemudahan mesra Muslim, tarik pelancong Malaysia

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Taiwan terus memperkukuhkan reputasinya sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim dengan memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelancong Muslim, khususnya dari Malaysia.

Timbalan Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, James Buu menyatakan Malaysia memainkan peranan penting dalam industri pelancongan Taiwan, dengan komuniti Muslim Malaysia menjadi salah satu tumpuan utama negara tersebut.

“Usaha berterusan Taiwan dalam menyediakan pengalaman pelancongan mesra Muslim mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Menurut Global Muslim Travel Index (GMTI) 2024, Taiwan menduduki tempat ketiga daripada 94 destinasi negara bukan Organisasi Kerjasama Islam (OIC), selepas Singapura dan United Kingdom,” katanya ketika berucap pada majlis Best of Salam Taiwan Award Night di Glasshouse, Seputeh, semalam.

Menurutnya, Taipei turut dianugerahkan gelaran Bandar Destinasi Pelancongan Mesra Muslim Paling Berpotensi, yang mencerminkan komitmen Taiwan dalam memperluas kemudahan untuk pelancong Muslim.

Pada majlis itu, James turut merakamkan penghargaan kepada pihak media dan pembuat kandungan dari Malaysia yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan keunikan Taiwan kepada rakyat Malaysia.

“Semangat, kreativiti, dan kemampuan anda dalam menyampaikan kisah telah membawa keindahan Taiwan, dari landskap memukau dan warisan budaya yang kaya hingga bandar raya yang meriah kepada masyarakat Malaysia.

“Anda turut mengetengahkan reputasi Taiwan sebagai destinasi mesra Muslim yang semakin berkembang,” katanya.

Empat organisasi media dari Sarawak menerima pengiktirafan dalam pelbagai kategori antaranya termasuk Best Taiwan Story Award yang dimenangi oleh New Sarawak Tribune (Gangsa) dan Suara Sarawak, Most Influential Story Award yang dirangkul oleh TVS dan BorneoTalk, serta Best Visuals Award yang turut dimenangi oleh BorneoTalk (Gangsa).

Antara anugerah lain yang disampaikan pada malam itu adalah Best Taiwanese Cultural Showcase Award, Best Video Production Award, the Muslim Friendly Advocacy Award dan lain-lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan