Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran yang bermula di daerah Sancheong, Wilayah Gyeongsang Utara pada Jumaat lalu kini merebak ke Uiseong dan semakin menghampiri Andong, Cheongsong, Yeongyang serta Yeongdeok, didorong oleh tiupan angin kencang serta cuaca kering. Foto fail AFP

Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam kebakaran hutan di Korea Selatan

ByBernama

SEOUL, 26 Mac: Angka korban akibat kebakaran hutan yang melanda wilayah tenggara Korea Selatan meningkat kepada 15, ketika pasukan bomba berusaha gigih mengawal kebakaran yang terus merebak dengan pantas, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kebakaran yang bermula di daerah Sancheong, Wilayah Gyeongsang Utara pada Jumaat lalu kini merebak ke Uiseong dan semakin menghampiri Andong, Cheongsong, Yeongyang serta Yeongdeok, didorong oleh tiupan angin kencang serta cuaca kering.

Menurut pihak berkuasa, mangsa yang terkorban terdiri daripada dua individu di Andong, tiga di Cheongsong, empat di Yeongyang dan enam di Yeongdeok.

Di Yeongyang, empat mangsa ditemukan rentung di atas jalan sekitar 11 malam Selasa.

Sementara itu, kebakaran turut memusnahkan Kuil Goun di Uiseong, sebuah kuil bersejarah yang dibina pada tahun 681 semasa pemerintahan Dinasti Silla.

Bagaimanapun, khazanah nasional yang disimpan di kuil telah dipindahkan ke lokasi lain sebelum api merebak.

Ribuan anggota bomba dikerahkan bersama puluhan helikopter serta jentera untuk memadam kebakaran.

Sejak Jumaat lalu, tentera Korea Selatan mengerahkan kira-kira 5,000 anggota serta 146 helikopter bagi membantu usaha pemadaman kebakaran yang semakin tidak terkawal.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kehakiman turut memindahkan kira-kira 500 banduan dari sebuah penjara di Wilayah Gyeongsang Utara ke lokasi lain sebagai langkah keselamatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan