Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang. Foto fail Kementerian Perpaduan Negara

Rakyat perlu fahami antara satu sama lain bagi bentuk negara bersatu padu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Semua rakyat di negara ini harus memahami antara satu sama lain, menghormati dan menerima kepelbagaian yang ada bagi membentuk negara yang bersatu padu.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata membina perpaduan bukan hanya tanggungjawab kerajaan, tetapi ia tanggungjawab bersama.

“Oleh itu, saya ingin mengajak semua ibu bapa, guru, pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta untuk berganding bahu dalam menerapkan nilai perpaduan dalam kehidupan seharian.

“Keluarga ialah institusi pertama yang membentuk nilai dan pemikiran generasi muda. Ibu bapa perlu menjadi contoh dalam menanamkan nilai-nilai murni, seperti sikap hormat-menghormati dan tolak ansur, dalam diri anak-anak sejak kecil,” katanya dalam ucapan pada majlis Iftar Perdana NGO Family Of Charity di sini hari ini.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya mengambil peranan dalam memupuk nilai kesederhanaan (wasatiyyah) dalam kalangan generasi muda.

“Nilai ini penting dalam membentuk sikap keterbukaan, toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain. Dengan adanya sikap sederhana ini, kita dapat memastikan bahawa masyarakat kita tidak mudah terpengaruh oleh elemen-elemen ekstremisme yang boleh merosakkan keharmonian negara.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita harus terus berusaha untuk memperkukuh keharmonian negara. Marilah kita bersama-sama menolak segala bentuk ekstremisme, perkauman sempit dan sikap fanatik yang boleh merosakkan keamanan yang kita nikmati hari ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan