Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar hadir pada majlis berbuka puasa bersama warga FELDA di ibu negara di sini hari ini. Foto, Amiruddin Shah (TVS).

PM Anwar beri FELDA sebulan kemuka hala tuju baharu

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh sebulan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk mengemukakan pendekatan bagi menentukan hala tuju baharu.

Perdana Menteri berkata ini bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk para peneroka kerana badan itu tidak boleh kekal dalam hala tuju sedia ada.

Jelas beliau kerajaan sebelum ini telah menyuntik dana sebanyak RM1 bilion setahun kepada FELDA.

“Kita mahu lakukan (beri suntikan dana) asalkan yakin bahawa pendekatan dan hala tuju kita mampu menyelamatkan bukan sahaja gedung FELDA ini tetapi peneroka di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga FELDA di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sementara itu Anwar memberi jaminan bahawa kerajaan akan menggerakkan jenteranya untuk memastikan FELDA terus ampuh agar dapat memberi jaminan masa depan yang lebih baik untuk para peneroka dan ekonomi negara, keseluruhannya.

“Kita (FELDA) sudah capai (prestasi kewangan yang baik), tetapi tak boleh hidup dalam ruang selesa.

“Dalam unjuran sekarang, harga lebih baik itu, tapi keadaaan geopolitik belum menentu harus ingat kita supaya lebih berwaspada untuk jangka kemungkinan keadaan yang lebih mencabar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan