Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesta Raya TVS akan membawa kelainan kepada sambutan Syawal tahun ini dengan penampilan khas program Inspirasi Duniamu yang penuh dengan hiburan dan kejutan.

Pesta Raya TVS tampilkan kelainan dalam Inspirasi Duniamu

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 26 Mac: Pesta Raya TVS akan membawa kelainan kepada sambutan Syawal tahun ini dengan penampilan khas program Inspirasi Duniamu yang penuh dengan hiburan dan kejutan.

Menurut penerbit dan pengacara Pesta Raya TVS, Ghazali Zawawi, program ini akan disiarkan dalam dua edisi — siang dan malam — yang akan menyajikan pengalaman beraya yang lebih menyeronokkan kepada penonton sepanjang 1 Syawal.

“Selama ini, sambutan Syawal bagi program Inspirasi Duniamu dijalankan di studio sahaja. Namun, tahun ini, dengan idea yang datang daripada pihak pengurusan TVS, kami bercadang untuk menjadikannya lebih besar dan lebih meriah.

“Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutama keluarga besar TVS dan para artis dari Semenanjung Malaysia yang telah hadir untuk memeriahkan Pesta Raya TVS dengan terbang ke Sarawak dan menyertai kami dalam acara ini,” katanya ketika ditemui TVS selepas penggambaran Pesta Raya TVS di sini pada 21 Februari lalu.

Ujarnya, rancangan ini bukan sahaja berkonsepkan rumah terbuka tetapi juga menampilkan elemen komedi dan inspirasi dengan penampilan artis-artis terkenal seperti Raja Azura, Rita Rudaini, Sharifah Shahora dan Bell Ngasri yang turut memeriahkan suasana Pesta Raya ini.

Dalam masa yang sama, salah seorang pengacara rancangan ini, Elly Ariffin, menyifatkan rancangan ini memberikan pengalaman berharga untuk berinteraksi dengan penonton Sarawak yang sangat terbuka, sekali gus memberikan peluang untuk mengenali lebih dekat budaya yang pelbagai di Sarawak.

“Saya sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Ghazali. Beliau banyak membantu dalam memudahkan kerja saya dan mengajar saya loghat Sarawak.

“Paling menarik adalah sambutan dari penonton Sarawak. Mereka sangat terbuka dan mesra, memberikan kami satu pengalaman yang sangat berharga dalam mengenali lebih dekat budaya dan masyarakat di sini,” katanya.

Antara barisan artis lain yang akan memeriahkan Pesta Raya TVS adalah Aisha Retno, Naim Daniel, Wani Kayrie, Baby Shima, Melissa Francis, Dewi Liana Seriestha dan ramai lagi.

Rancangan ini akan bersiaran sebanyak dua episod, dengan episod pertama disiarkan pada jam 2:05 petang, manakala episod kedua akan bersiaran pada jam 8:30 malam.

Jangan lupa saksikan Pesta Raya TVS pada 1 Syawal ini di saluran 122 MYTV, Unifi TV, dan Astro. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan