Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 800 pek bubur asyura telah diagihkan kepada orang ramai di setiap pintu masuk utama Kubah Ria oleh Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzruddin Abdul Rahman. Foto: UKAS

Pemuda PBB Tupong, Kuching City FC agih bubur asyura di Kubah Ria

KUCHING, 26 Mac: Sebanyak 800 pek bubur asyura diagihkan kepada orang ramai di pintu masuk utama Kubah Ria  di sini, oleh Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzruddin Abdul Rahman, pada Selasa.

Menurut laporan UKAS, Program Jerayawara Bubur Asyura Cawangan Tupong anjuran SABERKAS Cawangan Tupong itu dijayakan dengan kerjasama Kuching City FC, Pemuda dan Belia PBB Cawangan N6 Tupong.

Program ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat tetapi juga sebagai usaha mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Program tersebut turut mendapat sambutan mengalakkan daripada orang ramai yang hadir di Kubah Ria, termasuk peniaga dan pengunjung yang mengambil peluang menikmati keenakan bubur asyura yang dimasak secara bergotong-royong oleh ahli-ahli SABERKAS, Kuching City FC, Pemuda dan Belia PBB Cawangan N6 Tupong.

Dengan kejayaan penganjuran program ini, diharapkan tradisi penyediaan bubur asyura akan terus menjadi acara tahunan yang menyatukan masyarakat setempat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan