Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk kampung dan anggota bomba berusaha mencari mangsa yang masih hilang. Foto JBPM

Pekerja pendawaian elektrik dikhuatiri lemas, bot terlanggar kayu hanyut

MUKAH, 26 Mac: Seorang pekerja pendawaian elektrik syarikat swasta dikhuatiri lemas selepas tercampak keluar dari bot setelah terlanggar sebatang kayu hanyut di Batang Igan di Kampung Bungan Kecil, Dalat sekitar jam 2.00 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata sehingga jam 6.30 petang, mangsa, Saffuan Zaffarin, 30, belum dijumpai.

“Operasi ditangguhkan memandangkan hari semakin gelap dan akan diteruskan keesokan hari bersama agensi lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 2.30 petang dan menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah ke lokasi kejadian.

Bomba dibantu orang kampung berusaha melakukan pencarian dalam radius 1 kilometer ke hulu dan hilir sungai. -TVS

Tags: JBPM, lemas

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan