Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang nelayan mengalami detik cemas apabila disambar buaya ketika mengail ikan di tebing sungai di Kampung Mengatai, Limbang, malam tadi. Foto hiasan Envato

Nelayan cedera disambar buaya ketika memancing

LIMBANG, 26 Mac: Seorang nelayan mengalami detik cemas apabila disambar buaya ketika memancing di tebing sungai di Kampung Mengatai di sini, malam tadi.

Mangsa, Hasnan Limon, 45, mengalami kecederaan di bahagian paha kiri dalam insiden yang berlaku pada jam 11 malam.

Menurut adik mangsa, Radimah Limon, ketika kejadian, abangnya memancing di atas sebatang kayu di tebing sungai seorang diri.

“Ketika menurunkan kailnya, tiba-tiba seekor buaya yang bersaiz agak besar menyambar paha kiri menyebabkan kecederaan pada paha kiri abang saya.

“Panik dan terkejut dengan kejadian itu, abang saya segera menelefon rakannya untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Radimah berkata, abangnya kini dirawat di rumah selepas kejadian itu.

Katanya, abangnya kini masih trauma selepas berdepan insiden hitam yang pertama kali dialaminya sejak bergelar nelayan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan