Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan curi berjaya dikesan di Jalan Kuching Serian dan ditahan pihak polis. Foto IPD Padawan

Lelaki dicekup disyaki terlibat curi kenderaan

KUCHING, 26 Mac: Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun diberkas kerana terlibat dalam kegiataan mencuri kenderaan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, satu laporan dibuat di Balai Polis Kota Sentosa oleh pemilik kenderaan berhubung kes itu jam 11 pagi semalam.

“Pemilik kenderaan memaklumkan pikap miliknya telah dicuri di Batu 3 Jalan Penrissen Kuching pada jam 10.30 pagi.

“Pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 11.30 pagi, kenderaan yang dicuri telah dikesan di Jalan Kuching Serian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kenderaan itu kemudian berjaya di pintas oleh kereta peronda polis (MPV).

“Suspek berjaya ditahan dan kenderaan yang dicuri turut dirampas.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan