Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 10,000 paket bubur lambuk Istana Johor diedarkan kepada rakyat di seluruh Johor sejak 5 Mac hingga semalam (25 Mac) sempena bulan Ramadan. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Lebih 10,000 paket bubur lambuk Istana Johor diedarkan kepada rakyat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Lebih 10,000 paket bubur lambuk Istana Johor diedarkan kepada rakyat di seluruh Johor sejak 5 Mac hingga semalam (25 Mac) sempena bulan Ramadan.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, serahan bubur lambuk itu dilakukan oleh Penyelia Istana Johor PW1 (B) Faizol Abdullah kepada wakil Pejabat Daerah sebelum diedarkan kepada masyarakat di setiap mukim, dengan agihan terakhir melibatkan 2,000 paket di Muar dan Tangkak.

“Alhamdullilah, berakhirnya pengagihan bubur lambuk yang telah dilaksanakan sebanyak sepuluh kali untuk setiap daerah di Johor dan jabatan-jabatan yang terlibat,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Faizol turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Istana Johor termasuk mereka yang secara sukarela turun padang bekerjasama bagi memastikan proses pengagihan bubur lambuk itu berjalan lancar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan