Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot nelayan yang disyaki menangkap ikan pada jarak kurang dari 12 batu nautika seperti yang ditetapkan dalam syarat lesen. Foto Maritim Malaysia

Langgar syarat lesen, bot nelayan ditahan Maritim Malaysia

BINTULU, 26 Mac: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 5.5 batu nautika barat laut Pantai Penyu Bintulu sekitar pukul 7.45 pagi, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Khas Pagar Laut 1/2025, Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan di sekitar perairan Similajau.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot nelayan tersebut telah menangkap ikan pada jarak kurang dari 12 batu nautika seperti yang telah ditetapkan dalam syarat lesen bot.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, bot nelayan tersebut telah dikendalikan oleh dua orang kru warga tempatan dan dua orang kru warganegara Indonesia berumur 19 tahun ke 52 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bot nelayan itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah buku lesen iaitu menangkap ikan di bawah 12 batu nautika yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bot nelayan beserta kru telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia mengingatkan agar semua komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi segala peraturan atau undang-undang serta mengamalkan prosedur keselamatan ke laut bagi mengelak serta mengurangkan risiko insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan