Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Lawas 2025 telah diadakan bagi mengurangkan kemalangan di musim perayaan. Foto JPJ Sarawak

Kurangkan kemalangan jalan raya, Program Advokasi diadakan di Lawas

LAWAS, 26 Mac: Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Lawas 2025 telah diadakan pada Isnin dengan turut dihadiri Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong.

JPJ Sarawak dalam kenyataannya berkata, kempen ini dilaksanakan sebagai persediaan bagi menyambut perayaan Hari Raya 2025 dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan jalan raya, terutamanya di musim perayaan.

JPJ Cawangan Lawas turut mengagihkan sebanyak 200 kontena bubur lambuk sebagai sumbangan kepada pengguna jalan raya di tapak perasmian.

Selain itu, bubur lambuk juga diberikan kepada pelanggan yang berurusan di pejabat JPJ Cawangan Lawas, sebagai tanda penghargaan dan menyemai semangat kekitaan khususnya di bulan yang penuh keberkatan.

Kempen ini diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena musim perayaan, serta memperkukuhkan kerjasama antara pelbagai pihak dalam memastikan keselamatan masyarakat terjamin.

Program turut hadiri oleh Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok, Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Leong Anak Tindan, Ketua Cawangan JPJ Lawas, Hadri Rahman serta ketua-ketua jabatan dan wakil agensi kerajaan lain di daerah Lawas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan