Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Abdullah Saidol dan Dr Cassidy Morris melakukan lawatan ke projek pembinaan Jambatan Batang Paloh dekat Daro, hari ini. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Kontraktor projek pembinaan Jambatan Batang Paloh diminta percepatkan kerja

DARO, 26 Mac: Kontraktor pelaksana projek pembinaan Jambatan Batang Paloh yang menghubungkan Pulau Bruit dan tanah besar dekat sini diberitahu untuk meningkatkan usaha lebih serius bagi memastikan projek itu siap menjelang Mac 2026.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata demikian selepas mendengar taklimat kemajuan projek itu yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr Cassidy Morris dan wakil kontraktor, hari ini.

Beliau berkata kontraktor perlu membawa lebih banyak mesin dan peralatan yang diperlukan serta meningkatkan waktu bekerja.

Uggah meluahkan kebimbangannya bahawa projek bernilai RM298.4 juta itu apabila ia mengalami kelewatan selama 96 hari.

“Ia merupakan salah satu projek jambatan yang berhadapan kelewatan. Ia hampir menjadi projek yang boleh dikategorikan sebagai projek sakit.

“Apabila projek besar seperti ini tertangguh, orang ramai akan meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka kepada wakil rakyat yang dipilih dan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Uggah berkata JKR Sarawak akan membantu merangka pelan kerja baharu untuk membantu kontraktor mempercepatkan pembinaan supaya ia dapat memenuhi sasaran siap pada Mac 2026.

Jambatan dua lorong sepanjang 1.7 kilometer dengan kerja-kerja jalan sepanjang 4.6 kilometer itu telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 75.25 peratus setakat ini berbanding jadual asal 84.63 peratus.

Uggah berkata beliau merancang untuk melawat tapak pembinaan sekali lagi pada Julai tahun ini untuk memantau kemajuan projek tersebut.

Turut hadir pada taklimat tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol yang juga Timbalan Menteri di Pejabat Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan