Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta yang di parkir di tempat letak kereta di Menara Pelita, Jalan Keruing, Kuching terbakar hari ini. Foto JBPM

Kereta di parkir di Menara Pelita terbakar

KUCHING, 26 Mac: Sebuah kereta yang di parkir di tempat letak kereta di Menara Pelita, Jalan Keruing di sini, terbakar tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.59 tengah hari dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP ) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang di parkir di tempat letak kereta telah terbakar keseluruhan.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua salur bantu mula sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada mangsa cedera dilaporkan semasa kejadian, setelah memastikan keadaan selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai.

Punca dan nilai kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan