Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatimah pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Wanita 2025 di sini, hari ini.

HW25: 26 April ini, Sarawak raikan kejayaan wanita dalam pelbagai bidang

BySuara Sarawak

KUCHING, 26 Mac: Wanita Sarawak terus diiktiraf atas sumbangan dan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang menerusi Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 (HW25), yang akan berlangsung di UCSI Hotel pada 26 April 2025.

Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu turut disiarkan secara langsung melalui platform media sosial Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), membolehkan lebih ramai orang mengikuti acara bermakna ini.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, bertemakan Wanita Sarawak Mencipta Legasi, sambutan ini diadakan bagi menghargai jasa, sumbangan, dan kejayaan wanita negeri ini dalam pelbagai bidang.

“Objektif utama HW25 adalah untuk meraikan pencapaian wanita yang telah menyumbang kepada pembangunan keluarga, negeri, dan negara.

“Di samping itu, ia juga bertujuan mengiktiraf mereka yang telah mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Wanita 2025 di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka merasmikan HW25, dan turut hadir ialah Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

“Seramai 700 orang akan hadir secara fizikal, terdiri daripada barisan Kabinet Negeri serta tetamu jemputan yang lain.

“Manakala 1,000 pautan melalui aplikasi Zoom akan diberikan kepada wanita dari 45 pejabat daerah seluruh negeri, penjawat awam Sarawak, dan ahli-ahli pertubuhan wanita Sarawak,” jelasnya lagi.

Beliau juga mendedahkan bahawa sebanyak lapan anugerah akan diberikan pada sambutan tersebut, termasuk:

  1. Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib
  2. Anugerah Premier Sarawak Kepimpinan Wanita
  3. Anugerah Premier Sarawak Keusahawanan Wanita
  4. Anugerah Premier Sarawak Penggiat Sosial Wanita
  5. Anugerah Premier Sarawak Pencapaian Khas
  6. Anugerah Premier Sarawak NGO Cemerlang
  7. Anugerah Premier Sarawak Pemimpin Muda
  8. Anugerah Khas Premier Sarawak

Anugerah ini akan disampaikan semasa majlis Penyampaian Anugerah Tokoh Wanita 2025.

Selain itu, pelancaran buku Wanita Sarawak Mencipta Legasi, serta pameran dan jualan oleh jabatan, agensi, usahawan wanita, dan NGO turut diadakan dalam sambutan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Fatimah menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pesakit di Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan.

Ketika lawatan terbabit Fatimah turut menyampaikan bungkusan sumbangan raya yang disumbangkan oleh Persatuan Masakan dan Kuih Muih Sarawak kepada pesakit.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan