Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah berjaya menahan dua buah vesel penumpang pada kedudukan lebih kurang 0.7 batu nautika barat muara Sungai Miri atas kesalahan gagal melaporkan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan semasa diperiksa petang semalam. Foto Maritim Malaysia

Gagal melaporkan pertukaran nakhoda, dua vesel penumpang ditahan

MIRI, 26 Mac: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah berjaya menahan dua buah vesel penumpang pada kedudukan lebih kurang 0.7 batu nautika barat muara Sungai Miri atas kesalahan gagal melaporkan pertukaran nakhoda kepada pegawai pelabuhan semasa diperiksa petang semalam.

Pengarah Zon Maritim, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, vesel penumpang berkenaan telah ditahan pasukan peronda bot Maritim Malaysia semasa melaksanakan Op Permai 01/2019, Op Naga Timur, Op Tiris 3.0 dan Op Khas Pagar Laut 1/2025 sekitar pukul 1.35 petang.

“Vesel penumpang tersebut bersama dua penumpang dan empat kru termasuk nakhoda dalam lingkungan umur 21 hingga 59 tahun telah ditahan dan seterusnya diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal melaporkan pertukaran nakhoda kepada pegawai pelabuhan semasa diperiksa.

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan jenayah maritim di sepanjang perairan Malaysia.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan ke Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) atau melalui talian bantuan kecemasan 999 untuk maklum balas segera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan