Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Dr Richard Rapu (dua kiri) ketika lawatan ke tapak Projek Jalan Perhubungan Desa di Pelepok Padeh, Betong, hari ini. Foto TVS

Empat Projek Jalan Perhubungan Desa di Betong ditender penghujung April 2025

BETONG, 26 Mac: Empat Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) bernilai RM1.6 juta di kawasan Parlimen Betong akan ditender selewat-lewatnya pada penghujung April depan.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata, peruntukan itu telah diluluskan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) dilantik sebagai agensi pelaksana projek.

“Di bawah peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) sebagai agensi pelaksana, sebanyak empat buah Projek Jalan Perhubungan Desa telah diluluskan di kawasan Parlimen Betong dengan kos keseluruhan bernilai RM1.6 juta.

“Bagi Rumah Panjang Mani Unjie di Pelepok Padeh, Betong ini KKDW telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM500,000 untuk tujuan tesebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan ke tapak Projek Naiktaraf Jalan Perhubungan Desa (JPD) di Rumah Panjang Mani Unjie, Pelepok Padeh di sini, hari ini.

Beliau akan terus berusaha sehabis baik dan bekerja serapat mungkin dengan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan Parlimen Betong dalam usaha untuk terus membangunkan Betong.

“Ia amat penting dalam usaha kita untuk terus membangunkan daerah ini terutamanya dari segi pembangunan infrastruktur di masa-masa akan datang,” katanya.

Selain Rumah panjang Mani Unjie di Pelepok Padeh, tiga lagi rumah panjang yang turut menerima projek sama ialah, Rumah Panjang Tebalau, Ulu Layar (RM500, 000), Rumah Panjang Luing, Spak (RM400, 000) dan Rumah Panjang Isa Laman.di Babu Kara, Debak dengan kos sebanyak RM200,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan