Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurusan tertinggi Agrobank diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin hadir pada Majlis Sidang Media Prestasi Agrobank 2024 dan Hala Tuju 2025 Agrobank di ibu negara hari ini. Foto, Agrobank.

Agrobank catat rekod penyaluran pembiayaan tertinggi RM10.44 bilion

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Agrobank mencatatkan rekod tertinggi penyaluran pembiayaan iaitu sebanyak RM10.44 bilion dan mencatatkan prestasi luar biasa merentasi semua sektor pada 2024.

Menurut bank itu, penyaluran pembiayaannya menunjukkan pertumbuhan yang ketara iaitu sebanyak 25.46 peratus, melepasi pertumbuhan tahun sebelumnya sebanyak 15.97 peratus.

“Ia mencerminkan sokongan teguh kami terhadap pembangunan sektor pertanian Malaysia. Jumlah portfolio pembiayaan meningkat sebanyak RM1,207.35 juta, mencatatkan kenaikan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 72.08 peratus berbanding pencapaian pertumbuhan pada 2023,” kata bank itu menerusi kenyataan media.

Tambah Agro, peningkatan berkenaan didorong oleh prestasi luar biasa yang dicapai oleh tiga segmen perniagaan utama meliputi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berjumlah RM547.68 juta.

Segmen Ar-Rahnu pula dengan RM186.92 juta iaitu 155.76 peratus melebihi sasaran dan segmen mikro dengan RM181.21 juta.

“Baki deposit juga menunjukkan pertumbuhan yang sihat dan tertinggi dalam tempoh lima tahun iaitu RM13.25 bilion.

“ Prestasi Agrobank yang kukuh dalam aktiviti pengumpulan deposit dapat dilihat pada nisbah akaun semasa dan simpanan (CASA) yang berada pada paras 44 peratus daripada jumlah deposit, mengatasi purata industri perbankan yang hanya 31 peratus,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu Agrobank memaklumkan jumlah pendapatannya berada pada trajektori positif, mencapai RM1.26 bilion dengan pertumbuhan 9.32 peratus berbanding tahun sebelumnya yang merupakan pencapaian tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

“Pencapaian ini adalah hasil daripada pertumbuhan stabil dalam pembiayaan dan pendapatan sampingan daripada pelaburan (naik sebanyak 22.8 peratus), usaha pemulihan (naik sebanyak 9.67 peratus serta pendapatan berasaskan yuran (naik sebanyak 9.95 peratus,” tambah Agrobank. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan