Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan kepada masjid, surau, dan golongan asnaf di daerah Gedong sempena Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Perkarangan Masjid Al-Kawthar, Gedong malam ini. Foto TVS

Abang Johari serahkan sumbangan kepada masjid, surau dan asnaf di Gedong

ByLuqman Muhammad

GEDONG, 26 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan kepada masjid, surau, dan golongan asnaf di daerah Gedong sempena Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Perkarangan Masjid Al-Kawthar, Gedong malam ini.

Sebanyak 25 buah masjid dan surau di sekitar Gedong menerima sumbangan daripada pelbagai agensi, termasuk Pusat Khidmat Pejabat Premier Sarawak, Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dan Agro Bank.

Selain itu, seramai 330 orang asnaf turut menerima bantuan dalam majlis tersebut.

Selepas majlis penyerahan, Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong turut bersama para hadirin menunaikan solat fardu Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah di Masjid Al-Kawthar.

Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen Sarawak dalam membantu institusi keagamaan serta meringankan beban golongan yang memerlukan menjelang Aidilfitri.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee serta dif-dif kenamaan yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan