Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Matthew Dominic Barin dan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada sidang media Pelaksanaan SHMMP Hari Raya Aidilfitri 2025 di Kuching, hari ini. Foto TVS

22 jenis barangan diwartakan di bawah SHMMP sempena Aidilfitri

ByMadeline Dugat

KUCHING, 26 Mac: Sebanyak 22 jenis barangan penting telah diwartakan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Sarawak sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin, skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dari 24 Mac hingga 7 April 2025.

Katanya, SHMMP Hari Raya Puasa 2025 akan berkuatkuasa selama 15 hari iaitu, tujuh hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan tujuh hari selepas perayaan.

“Kita melaksanakan kawalan harga ini melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 di peringkat pemborong dan runcit dan harga yang telah diwartakan boleh disemak melalui laman web kementerian di www.kpdn.gov.my,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Walkabout di Everwin Centre Sdn. Bhd Samariang sempena pelaksanaa Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2025, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Antara barangan yang terkawal termasuk daging lembu import, ikan kembung termasuk ikan mabung, ikan selayang, kubis bulat import, sawi hijau, timun, tomato, cili merah, kacang panjang, lobak merah, bawang kuning besar, bawang merah besar import, bawang merah kecil India, bawang merah kecil India (ROS), bawang putih (China), ubi kentang import (China), halia tua import, kacang tanah, cili kering kerinting, kelapa biji, kelapa parut dan santan.

Dalam pada itu, Matthew turut memberitahu, seramai 188 Pegawai Penguat Kuasa dan 99 Pegawai Pemantau Harga ditempatkan di lokasi strategik seluruh Sarawak bagi memantau keberadaan bekalan dan pematuhan serta menjalankan pemeriksaan di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli belah.

Jelasnya lagi, sebarang pelanggaran terhadap peraturan ini akan dikenakan penalti berat, dengan denda sehingga RM500,000 untuk syarikat dan RM100,000 untuk individu.

Sehingga 24 Mac 2025, Pegawai Penguat Kuasa KPDN Sarawak telah menjalankan pemeriksaan ke atas 40, 337 premis dan menghasilkan sebanyak 499 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM3,381,984.78 manakala nilai kompaun berjumlah RM83,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan