Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari menyempurnakan simbolik penyerahan lesen memandu kepada peserta. Foto UKAS

13,370 rakyat Sarawak peroleh lesen motosikal melalui MyLesen B2

ByLuqman Muhammad

GEDONG, 26 MAC: Seramai 13,370 penduduk di seluruh negeri Sarawak berjaya memperoleh lesen motosikal setelah mengikuti kursus dan ujian yang ditetapkan menerusi Program MyLesen B2, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata inisiatif yang diperkenalkan tahun lalu, adalah komitmen kerajaan membantu dan memberi peluang kepada golongan B40 untuk memiliki lesen motosikal secara sah dengan kos yang lebih rendah.

“Cuma apa yang saya hendak tekankan di sini, berhati-hatilah di jalan raya bila anda sudah ada lesen motosikal,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutupan Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) yang berlangsung di Dewan Datuk Patinggi Ali, di Gedong pada Rabu.

Dalam majlis tersebut Abang Johari turut menyempurnakan simbolik penyerahan lesen motosikal kepada peserta terlibat.

Untuk rekod, seramai 1,135 penduduk dari kawasan Gedong, Batang Sadong, Sadong Jaya dan Simunjan telah berjaya memperoleh lesen motosikal kelas B2 menerusi program ini.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Malaysia).

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Norizan Jili berkata program MyLesen B2 itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dan memastikan lebih ramai penunggang motosikal memiliki lesen yang sah.

“Saya menyeru supaya penerima bantuan ini dapat menjadi contoh pengguna jalan raya yang berdisiplin dan berhemah dengan mematuhi segala peraturan.

“Melalui program ini juga, belia akan diberi latihan serta kesedaran disiplin dalam mematuhi undang-undang jalan raya dan sekaligus membantu mempermudahkan mereka dalam urusan harian serta meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka,” kata Norizan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan