Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi taklimat mengenai kemajuan projek DUN Simanggang dan projek lain di bawah agensi pelaksana JKR Bahagian Sri Aman. Foto TVS

12 projek RTP di Simanggang selesai, 11 lagi dalam perancangan untuk 2025

ByMadeline Dugat

SRI AMAN, 26 Mac: Sebanyak 12 projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang telah berjaya diselesaikan pada tahun 2024, manakala 11 projek lagi sedang dalam perancangan untuk dilaksanakan pada tahun 2025.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Anak Hollis, 11 lagi projek baru sedang dalam perancangan untuk dilaksanakan pada tahun 2025 dengan nilai RM2.1 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk di kawasan tersebut.

“Bagi tahun 2024 terdapat 12 projek RTP di bawah agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman dengan nilai RM2.6 juta,” katanya.

Beliau turut mengumumkan perkembangan positif ini selepas menghadiri sesi taklimat mengenai kemajuan projek RTP yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, baru-baru ini.

Taklimat ini bertujuan untuk mengetahui secara rapat kemajuan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan projek lain yang sedang dalam pembinaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang juga mengingatkan agar semua agensi pelaksana mempercepatkan proses dokumentasi sebelum projek dibawa ke Jawatankuasa Panel Pemilihan Projek.

Beliau turut menegaskan bahawa proses ini penting untuk urusan cabutan undi yang akan menentukan kontraktor yang akan melaksanakan projek-projek tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan