Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wilfred Yap Yau Sin sedang mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Kota Sentosa. Foto SUPP Kota Sentosa (FB)

Wilfred Yap sumbang lebih RM30,000 bagi naik taraf Klinik Kesihatan Kota Sentosa

ByMuqri Aziz

KUCHING, 25 Mac: Sejumlah RM33,000 disumbangkan kepada Klinik Kesihatan (KK) Kota Sentosa bagi menaik taraf fasiliti kesihatan itu dalam usaha menyediakan persekitaran yang lebih kondusif kepada pesakit dan kakitangan klinik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin berkata, sumbangan itu membabitkan pembelian enam unit Industrial Air Cooler with Humidifying Function bernilai RM18,000, meliputi kos pembekalan, penghantaran dan pemasangan di ruang menunggu serta bilik konsultasi klinik berkenaan.

“Penghawa dingin sedia ada di klinik ini tidak lagi berfungsi dengan baik dan sumbangan enam unit penyejuk udara ini merupakan langkah sementara untuk memastikan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif kepada pesakit,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas mengadakan lawatan ke KK Kota Sentosa, semalam.

Dalam lawatan itu, beliau bersetuju untuk menyalurkan tambahan peruntukan berjumlah RM15,000 bagi membina Kaunter Triage baharu yang akan dilengkapi dengan meja kaunter, komputer, kerusi ergonomik, set televisyen, pembesar suara dan mikrofon.

Katanya, Kaunter Triage itu penting bagi memperkemaskan pengurusan pesakit, mengurangkan masa menunggu dan memastikan pesakit menerima rawatan segera mengikut keperluan tahap kesihatan mereka.

“Tanpa sistem triage yang efisien, kes-kes tidak kritikal boleh membebankan sistem sehingga menyebabkan kelewatan rawatan kepada mereka yang benar-benar memerlukan perhatian segera,” ujarnya.

Menurut beliau, komitmen menyalurkan peruntukan di bawah dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang disalurkan oleh Kerajaan Sarawak akan diteruskan sebagai pelaburan dalam pembangunan fasiliti kesihatan demi meningkatkan penggunaan perkhidmatan, hasil rawatan pesakit serta kualiti perkhidmatan di KK Kota Sentosa.

“Usaha ini demi manfaat penduduk di kawasan DUN Kota Sentosa yang bergantung kepada klinik ini sebagai pusat rawatan utama mereka,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan