Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Prof. Dr. Firdaus Abdullah mengetuai delegasi UiTM Sarawak adakan kunjungan hormat ke atas Datuk Dr. Jerip Susil. Foto UiTM Cawangan Sarawak

UiTM Sarawak dicadang usahakan pelancongan desa di Bengoh

ByMuqri Aziz

KUCHING, 25 Mac: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dicadangkan membangunkan industri pelancongan desa di Bengoh, Kuching melalui pemindahan ilmu dalam aspek pembangunan pakej pelancongan.

Menurut kenyataan UiTM Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr. Jerip Susil berpandangan bahawa pakej pelancongan berteraskan kebudayaan dan kesenian komuniti tempatan mampu menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa.

Beliau turut menyokong hasrat UiTM Sarawak memperkasa penyelidikan alga sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui serta meneroka potensi penanaman padi berteknologi tinggi.

“Datuk Dr. Jerip amat menyokong usaha ini dan menawarkan pelaksanaan projek perintis di kawasan Bengoh sebagai ‘test bed’ dengan sokongan geran penyelidikan.

“Beliau juga telah diberi taklimat mengenai UiTM Sarawak dan program-program Pra-Diploma yang ditawarkan untuk dipromosikan kepada calon lepasan SPM di kawasan DUN Mambong,” menurut kenyataan itu susulan kunjungan hormat delegasi yang diketuai Rektor UiTM Sarawak, Prof. Dr. Firdaus Abdullah ke atas beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan (Darat dan Udara) Sarawak di pejabatnya baru-baru ini.

Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Mohamad Isa Mohamadin; Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Saimi Bujang; Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Prof. Dr. Juferi Idris; serta Timbalan Pendaftar Kanan, Mohamad Hasimi Abdullah.

Dalam kunjungan itu, Dr. Firdaus turut menyampaikan kertas cadangan kajian bertajuk Emission and Carbon Reduction Program – Retrofitting Program for Kuching’s Public Bus Fleet kepada beliau.

“Kertas cadangan kajian ini adalah untuk pertimbangan bagi mewujudkan jalinan kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan UiTM Sarawak,” jelas kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan