Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir ke Majlis Iftar Perdana 2025 di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hari ini. Foto TVS

TYT dan isteri hadiri Majlis Iftar Perdana UNIMAS 2025

ByAhmad Burhanuddin

KOTA SAMARAHAN, 25 Mac: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan Majlis Iftar Perdana 2025 yang penuh bermakna bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS, di sini, hari ini.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Ketibaan tetamu kehormat disambut mesra oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit serta barisan kepimpinan kanan universiti.

Dalam ucapannya, Profesor Ahmad Hata berkata, bulan Ramadan bukan sahaja masa untuk memperkukuh hubungan dengan Allah, tetapi juga mengeratkan hubungan sesama manusia.

“Bercakap mengenai konsep melakukan ibadah, ia tidak sahaja tertumpu di bulan Ramadan semata-mata, malah setiap pekerjaan kita di UNIMAS ini merupakan ibadah.

“Tugas paling besar kita di UNIMAS ini bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada mahasiswa, tetapi turut membentuk generasi muda berakhlak mulia bagi mewarisi amanah yang kita galas ini sebagai khalifah Allah di muka bumi,” katanya.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyerahan sumbangan yang disampaikan oleh Tun Dr Wan Junaidi kepada wakil penerima daripada 10 buah masjid, surau dan maahad tahfiz terpilih dari sekitar Kota Samarahan, Kuching dan Serian.

Setiap institusi menerima sumbangan sebanyak RM2,000 bagi membantu memperkasa aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan.

Program tahunan tersebut diakhiri dengan sesi berbuka puasa serta solat berjemaah, sekali gus menambahkan keberkatan pada bulan mulia ini. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan