Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Isnin menyatakan kesediaannya untuk memajukan hubungan Ankara dengan negara Eropah, sambil menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye. Foto fail AFP

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan

ByBernama

ISTANBUL, 25 Mac: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Isnin menyatakan kesediaannya untuk memajukan hubungan Ankara dengan negara Eropah, sambil menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

“Perdebatan hangat dalam beberapa minggu lepas menunjukkan bahawa keselamatan Eropah tanpa Turkiye tidak akan tercapai,” lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan Erdogan selepas mesyuarat Kabinet di Ankara.

“Keperluan Eropah terhadap negara kita mula diakui secara terbuka, bukan sahaja dari segi keselamatan tetapi juga dalam pelbagai bidang, dari ekonomi hingga diplomasi dan dari perdagangan hingga kehidupan sosial.”

“Turkiye sedia untuk memajukan hubungan dengan negara Eropah dan Kesatuan Eropah (EU) dalam rangka kepentingan bersama dan saling menghormati,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan