Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Chantal Moser di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Switzerland bincang tiga bidang kerjasama dengan Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 25 Mac: Switzerland kini sedang meneroka tiga bidang utama untuk memperkukuh kerjasama dengan Sarawak, dengan fokus utama pada kebajikan, perjanjian perlindungan dan pengukuhan prinsip multilateralisme.

Duta Besar Switzerland ke Malaysia, Chantal Moser berkata inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan negara tersebut untuk memperluas hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Sarawak.

“Tujuan kunjungan saya adalah untuk membincangkan isu kebajikan, yang menjadi keutamaan utama dalam hubungan antara Switzerland dan Asia, bersama dengan perjanjian perlindungan serta pengukuhan hubungan kebajikan dan multilateralisme,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, beliau sangat berminat untuk memahami visi Sarawak dan perjalanan keseluruhan Malaysia dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya.

“Kedatangan saya ke Sarawak memberikan perspektif baharu mengenai potensi yang ada di kawasan ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan