Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Notis pemberitahuan penutupan sebahagian jalan di Jalan Tun Razak dan Jalan Foochow 1 dekat sini yang ditutup sementara bermula dari 25 Mac hingga 22 April depan. Foto Sarawak Metro

Sebahagian Jalan Tun Razak, Jalan Foochow 1 ditutup 25 Mac hingga 22 April

BySuara Sarawak

KUCHING, 25 Mac: Sebahagian jalan di Jalan Tun Razak dan Jalan Foochow 1 dekat sini, akan ditutup sementara bermula dari 25 Mac hingga 22 April depan.

Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) berkata, penutupan jalan di kawasan tersebut adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemindahan utiliti.

Katanya, pelaksanaan penutupan itu juga dilaksanakan secara berperingkat dari 9 pagi hingga 12 tengah hari, kemudian 2 hingga 4 petang dan 9 malam hingga 5 pagi.

“Penguna jalan raya di minta untuk mematuhi semua pengurusan trafik dan papan tanda.

“Kami juga sangat menghargai kesabaran dan kerjasama semua,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Sarawak Metro akan memaklumkan jika ada sebarang perubahan berkenaan notis ini.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan