Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto fail TVS

Sarawak perlu lebih banyak pekerja mahir, jurukimpal – Uggah 

KUCHING, 25 Mac: Berlaku kekurangan pekerja mahir di negeri ini terutamanya jurukimpal berikutan pelbagai projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan pada masa ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata hal berkenaan dimaklumkan oleh pihak kontraktor di negeri ini.

“Bukan mudah untuk mereka (kontraktor) mengambil pekerja asing kerana peraturan imigresen yang ketat. Sehubungan itu, saya berharap institusi pendidikan tempatan seperti Kolej Universiti i-CATS mampu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata di bawah kepimpinan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg, negeri itu sedang giat melaksanakan pelbagai projek infrastruktur di seluruh negeri.

Beliau berkata kementeriannya sahaja sedang mengendalikan projek-projek yang dianggar bernilai RM30 bilion.

“Terdapat dua projek besar iaitu pembinaan lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan laut dalam baharu, kedua-duanya di Tanjung Embang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan