Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyampaikan cenderamata sempena kunjungan hormat Duta Besar Switzerland ke Malaysia di Wisma Bapa Malaysia di Kuching hari ini. Foto TVS

Sarawak mahu contohi Switzerland dalam kemajuan bidang perubatan

KUCHING, 25 Mac: Sarawak mencontohi Switzerland dalam kemajuan bidang perubatan dengan adanya dua syarikat perubatan terbaik di dunia iaitu Novartis dan Roche di negara itu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kunjungan hormat yang diterimanya hari ini memberi peluang untuk berkongsi usaha Sarawak membangunkan bidang kesihatan serta tindak susulan daripada lawatan mereka ke Switzerland tahun lepas.

“Tetapi yang lebih menarik ialah mengikuti sebahagian daripada lawatan kita ke Switzerland, mereka mempunyai syarikat perubatan yang besar dipanggil Novartis dan Roche, mereka adalah 10 syarikat teratas di dunia.

“Kami juga ingin melihat apa lagi yang kami boleh lakukan selain daripada apa yang kita lakukan sekarang, kerana kita sentiasa perlu memastikan bahawa kita mendapat kemajuan,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat daripada Duta Besar Switzerland ke Malaysia di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Duta Besar Switzerland ke Malaysia, Chantal Moser berkata, perbincangan beliau bersama Kerajaan Sarawak memberinya peluang untuk meneroka bidang kerjasama yang baharu antara Switzerland bersama Sarawak termasuk memperkukuh usaha bersama yang telah atau sedang dilakukan.

Ujarnya, beliau teruja untuk bekerjasama dan mempelajari tentang usaha Kerajaan Sarawak dalam aspek kelestarian, tenaga boleh diperbaharui yang termasuk di dalam bidang tersebut.

“Ini lawatan pertama saya ke Sarawak, dan tujuan lawatan adalah sangat banyak tertumpu pada kemampanan dan juga meneroka skop kerjasama dan susulan daripada lawatan delegasi dari Sarawak yang pergi ke Switzerland sebelum ini.

“Jadi perbincangan adalah tentang melihat jenis apa kerjasama yang boleh kita kembangkan, dan juga belajar tentang usaha Sarawak dari segi kelestarian, tenaga boleh diperbaharui, dan isu-isu seperti ini,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan