Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rosey Yunus pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Jalan Kampung Rambai ke Kampung Bulau, Bekenu hari ini. Foto JKR Sarawak

Projek naik taraf Jalan Kampung Rambai ke Bulau, Bekenu pacu pembangunan ekonomi setempat

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 25 Mac: Projek Menaiktaraf Jalan Kampung Rambai ke Kampung Bulau, Bekenu bakal memberi impak besar terhadap aksesibiliti dan pembangunan ekonomi setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus berkata projek menelan kos RM57 juta ini akan menyediakan jalan berturap yang lebih baik, akses ke sekolah, pusat kesihatan dan pasar Bekenu.

“Projek ini melibatkan kerja menaik taraf 6.5 kilometer jalan batu kerikil kepada jalan berturap serta pembinaan 3.5 kilometer jalan baharu yangt menghubungkan Kampung Rambai, Kampung Sinop, Kampung Mutap, dan Kampung Bulau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rosey yang juga Timbalan Menteri Wanita, Keluarga, Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Kanak-Kanak berkata selain itu, dua jambatan konkrit akan dibina merentasi Sungai Sibuti dan Sungai Mutap Kechil, memberi akses yang lebih mudah kepada penduduk.

Projek naik taraf jalan itu dijadual siap dalam tempoh 36 bulan, iaitu bermula 27 Februari 2025 hingga 26 Februari 2028.

Ia dikendalikan oleh Asas Ulung Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bertindak sebagai agensi pelaksana.

“Penduduk setempat menyambut baik inisiatif ini kerana bakal memudahkan pergerakan harian dan meningkatkan potensi ekonomi, terutamanya dalam sektor pertanian dan perniagaan kecil,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan