Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218 di PULAPOL di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS)

Polis tutup 134 pangkalan haram di Rantau Panjang

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Sebanyak 134 pangkalan haram di sempadan antara Rantau Panjang-Sungai Golok telah ditutup olehpolis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq juga telah digerakkan untuk mengawal keselamatan sempadan selepas penutupan itu.

“Langkah ini penting sebab laluan Sungai Golok sangat dekat dengan sempadan Thailand.

“Kita kenal pasti di sana berlaku pelbagai bentuk ancaman keselamatan seperti penyeludupan dadah, senjata api, pendatang asing dan lain-lain, jadi semuanya telah ditutup,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 2025 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution menegaskan
pihak berkuasa tidak akan berehat untuk melindungi keselamatan sempadan negara semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya ini kerana berkata, polis akan ditempatkan di pelbagai lokasi kerana aktiviti jenayah dijangka meningkat semasa cuti Hari Raya Aidilfitri.

“Penjenayah fikir kita (polis) akan berehat pada masa ini, tetapi jawapannya tidak.

“Kita telah menugaskan 6,800 anggota polis bermula 29 Mac sehingga 3 April. Kesemua mereka ini cutinya telah dibekukan dan akan sentiasa bersedia sepanjang hari,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan