Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata. Foto fail TVS

Polis Sarawak lancar ‘Operasi Selamat 24’, sasar turun kadar kemalangan, cegah jenayah

KUCHING, 25 Mac: Polis Sarawak akan melancarkan Operasi Selamat 24 selama enam hari bermula 29 hingga 3 April 2025 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan tumpuan operasi di kawasan Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, operasi khas ini melibatkan lebih 340 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di seluruh Sarawak, termasuk rondaan di 56 lokasi panas yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

“Tumpuan utama untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan mencegah kejadian pecah rumah sepanjang musim perayaan.

“Selain kawalan trafik, Op Selamat 24 juga akan menumpukan rondaan di kawasan perumahan dan kediaman yang ditinggalkan semasa orang ramai pulang bercuti bagi mencegah jenayah pecah rumah.

“Kita meminta orang ramai memberi kerjasama dan memaklumkan kepada pihak polis apabila meninggalkan rumah semasa musim perayaan,” katanya dałam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta arahan Pegawai Penguatkuasa sepanjang tempoh operasi.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang. Utamakan keselamatan diri serta keluarga, dan ingat orang yang tersayang.

“PDRM Sarawak berharap Op Selamat 24 kali ini dapat mencapai objektif utamanya iaitu menurunkan kadar kemalangan dan mencegah jenayah sepanjang musim Aidilfitri 2025,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan