Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siti Azlina Abd Latif bercakap kepada pemberita selepas hadir Majlis Berbuka Puasa dan Pratonton Filem Web PETRONAS sempena Aidilfitri di ibu negara hari ini. Foto Amiruddin Shah (TVS)

Petronas lancar filem web pendek ‘Anak Siapa Ni?’ sempena Aidilfitri

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) melancarkan filem web pendek berjudul ‘Anak Siapa Ni?’ bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Filem arahan Ismail Kamarul ‘Smiley’ itu mengisahkan seorang pemuda, Rafi dari Shah Alam, Selangor yang dipaksa ibunya untuk menziarahi sepupu ayahnya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik, Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi PETRONAS, Siti Azlina Abd Latif berkata filem itu mengetengahkan amalan kunjung-mengunjung bagi mengeratkan silaturrahim terutama pada musim perayaan.

“Ini adalah antara perkara yang PETRONAS ingin ketengahkan. Kita teruskan amalan kunjung mengunjung sempena musim perayaan akan datang,” katanya.

Beliau ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa dan Pratonton Eksklusif Filem Web PETRONAS bersama Media, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan PETRONAS juga menyerahkan sumbangan Memacu Kehidupan Yayasan Petronas kepada 4,850 buah keluarga menerusi program Impak Sosial PETRONAS.

“Sumbangan itu dilaksanakan bersama rakan strategik kami, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, beliau berkata PETRONAS telah membawa khas pengusaha dan usahawan wanita dari Kemaman, Terengganu yang terlibat dalam program Menyemai Masa Hadapan dan menghasilkan sabun daripada minyak masak terpakai.

“Selain itu, kami juga bawakan produk-produk yang dihasilkan daripada bahan buangan plastik dan tekstil daripada komuniti yang terlibat daripada Bintulu, Sarawak dan juga Kota Kinabalu, Sabah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan