Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa tompokan sampah sarap dibuang di kawasan P-Turn di Lebuhraya Pan Borneo. Foto TVS

P-Turn bukan tong sampah

SIBU, 26 Mac : Pengguna Lebuhraya Pan Borneo menyeru semua pihak supaya lebih bertanggungjawab dan menjaga kebersihan jalan raya yang kini dilihat semakin tercemar akibat perbuatan membuang sampah terutama di kawasan P-Turn di sepanjang laluan berkenaan.

Tinjauan di beberapa kawasan di sepanjang lebuh raya ini mendapati sejumlah besar sampah seperti plastik, botol minuman dan sisa makanan dibuang secara sembarangan oleh pengguna jalan.

Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan pemandangan, malah menimbulkan masalah kesihatan dan keselamatan, terutama kepada komuniti setempat yang bergantung pada lebuh raya tersebut untuk urusan harian.

“P-Turn bukan tempat pembuangan sampah. Kita perlu ada kesedaran sivik. Tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab merosakkan kebersihan dan imej kawasan ini,” kata seorang pengguna jalan raya, Abdullah Sani, 34, yang sering menggunakan laluan tersebut.

Selain itu, beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap kesan jangka panjang, termasuk pencemaran alam sekitar yang akan mengancam kehidupan flora dan fauna di sepanjang laluan berkenaan.

Dalam pada itu katanya, kesedaran sivik harus dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi memastikan kempen kebersihan berjalan dengan lancar.

“Kawasan ini (Pan Borneo) kemudahan terbaik yang disediakan kerajaan dan kita harus menjaganya bersama -sama.

“Saya juga berharap semua pengguna jalan raya akan lebih bertanggungjawab dan menjaga kebersihan lebuh raya ini demi kebaikan bersama,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan