Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di PULAPOL di sini hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Negara tergugat jika tunduk kepada pengkhianat, penjenayah – PM

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Gejala rasuah melibatkan agensi penguatkuasaan, selain penyeludupan, permusuhan kaum dan agama serta pengkhianatan tidak boleh dibiarkan, kerana ia akan menggugat kestabilan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak akan selamat sekiranya ada dalam kalangan pimpinan dan sistem di negara ini tunduk kepada ultimatum penjenayah, pengkhianat dari dalam dan luar negara

“Saya hargai apabila ada tindakan yang keras daripada PDRM yang dilakukan secara konsisten.

“Apabila kita bicara soal pembanterasan rasuah dan tatakelola, saya yakin sekiranya agensi seperti PDRM dan lain-lain tegas dengan tidak mempedulikan  pangkat dan pengaruh mereka, ambil tindakan sekeras-kerasnya, saya yakin suasana politik dan iklim negara akan jauh lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 2025 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Berucap pada majlis itu, Anwar memuji komitmen tinggi pasukan dan agensi penguatkuasaan yang berjaya membanteras jenayah rentas sempadan.

Anwar menyifatkan PDRM kini sudah jauh berupaya dengan pelbagai pencapaian diraih termasuk kejayaan mengekang penyeludupan rentas sempadan yang menyebabkan kerugian ratusan juta kepada negara.

“Ini juga termasuk kejayaan agensi narkotik baru-baru ini, bukan saja merugikan tapi merosakkan masa depan anak-anak kita dan mengaibkan kita sebagai sebuah negara apabila dijadikan transit untuk dihantar ke luar negara,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan