Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 28,701 kes tuberkulosis atau batuk kering direkodkan di Luanda, Angola sepanjang 2024. Foto hiasan Envato

Lebih 28,000 kes batuk kering direkodkan di Luanda, Angola pada 2024

ByBernama

LUANDA, 24 Mac: Sebanyak 28,701 kes tuberkulosis atau batuk kering direkodkan di Luanda, Angola sepanjang 2024, lapor Xinhua memetik Agensi Akhbar Angola pada Isnin.

Dalam tempoh yang sama, seramai 1,040 pesakit meninggal dunia dengan kebanyakan kematian dikaitkan dengan diagnosis lewat dan pesakit hanya mendapatkan rawatan ketika berada dalam keadaan kritikal, kata Pengarah Kesihatan Wilayah Luanda, Fernando Varela.

Luanda kini mempunyai 50 pusat kesihatan yang merawat batuk kering, namun memandangkan jumlah penduduk yang besar, pihak berkuasa merancang untuk meningkatkan jumlah itu kepada sekurang-kurangnya 20 peratus.

“Ramai pesakit datang dalam keadaan kritikal dengan kerosakan paru-paru yang teruk dan kesukaran bernafas,” katanya, sambil menambah bahawa peluasan perkhidmatan kesihatan dapat meningkatkan kesedaran awam dan pendidikan mengenai penyakit itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan