Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa kini memasuki hari keempat dalam usaha memadamkan kebakaran hutan, dengan lebih 2,700 penduduk telah dipindahkan. Foto AFP

Korea Selatan isytihar tiga lagi daerah sebagai zon bencana khas susulan kebakaran hutan

ByBernama

SEOUL, 25 Mac: Kerajaan Korea Selatan pada Isnin mengisytiharkan tiga lagi daerah di tenggara negara itu – Ulju, Uiseong dan Hadong, sebagai zon bencana khas susulan kebakaran hutan berhari-hari yang telah memaksa ribuan penduduk berpindah.

Menurut agensi berita Yonhap, pengisytiharan itu membolehkan sokongan menyeluruh oleh kerajaan bagi kawasan terjejas. Ia susulan pengisytiharan lebih awal bagi Daerah Sancheong, yang diisytiharkan sebagai zon bencana khas pada Sabtu.

Pihak berkuasa kini memasuki hari keempat dalam usaha memadamkan kebakaran hutan, dengan lebih 2,700 penduduk telah dipindahkan.

“Oleh kerana kebakaran hutan masih belum dapat dipadamkan, kami akan meletakkan keutamaan tertinggi untuk memastikan keselamatan mereka yang bertugas memadam kebakaran serta membantu mangsa yang kehilangan tempat tinggal,” kata Pemangku Presiden Han Duck Soo.

Beliau turut berjanji bahawa kerajaan akan memberikan sokongan penuh bagi usaha pemulihan sebaik sahaja keadaan terkawal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan