Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Datuk Mohd Rosli Abdullah di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Keselamatan perairan Sarawak diperkukuh dengan pemasangan radar SWASLA

KUCHING, 25 Mac: Aspek keselamatan dan pengawasan di perairan Sarawak akan terus diperkukuhkan dengan pelaksanaan beberapa projek utama oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, antara projek utama yang akan dijalankan adalah pembangunan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) yang melibatkan pemasangan radar di tiga lokasi utama di Sarawak iaitu di Miri, Bintulu dan Kuching.

“Tiga kawasan telah dikenal pasti iaitu Canada Hills, Bukit Nyabau dan Tanjung Datu. Projek ini telah diluluskan dan akan menelan belanja RM200 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim, Pengarah Perisikan APMM, Laksamana Pertama (M) Datuk Md Fauzi Othman, Pengarah Carilamat (SAR) APMM, Laksamana Pertama (M) Kamal Ariffin Jusoh dan Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama (M), Mohd Khairi Abd Aziz.

Ujarnya lagi, dengan terlaksananya projek ini, ia akan memperkukuhkan sistem pengawasan laut, sekali gus menghalang sebarang aktiviti yang tidak diingini.

Februari lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pengukuhan teknologi pemantauan seperti SWASLA menjadi sebahagian usaha kerajaan untuk meningkatkan keselamatan perairan negara.

Pemasangan radar SWASLA itu akan meliputi kawasan strategik dikenal pasti ssbagai ‘hotspot’ aktiviti jenayah maritim seperti penyeludupan dadah, migran dan barangan bercukai.

Sehubungan itu, Rosli berkata, perbincangan bersama Abang Johari turut menekankan kepentingan pembangunan Zon Maritim Sarikei.

“Kita telah mengajukan permohonan untuk memperoleh tanah bagi projek tersebut, yang kini sedang dalam proses tindakan di peringkat kerajaan negeri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan