Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato' Seri Huang Tiong Sii menyampaikan sumbangan geran MRP kepada Sekam Anoi sambil diperhatikan ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Kerajaan seru kerjasama masyarakat, bantu polis tangani jenayah siber

BINTANGOR, 25 Mac: Kerajaan memuji kecekapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani isu jenayah siber yang semakin meningkat di negara ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Seri Huang Tiong Sii menegaskan keberkesanan tindakan pantas polis dalam mengesan dan mematahkan sindiket penipuan dalam talian telah memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan masyarakat dan ekonomi digital negara.

Menurutnya, jenayah siber merupakan ancaman yang berkembang pesat selari dengan perkembangan teknologi, dan langkah proaktif pihak polis perlu dipuji.

“Bagaimanapun kerjasama masyarakat juga amat diperlukan untuk membantu pihak berkuasa dalam usaha memerangi jenayah ini

“Kerajaan menyeru orang awam supaya lebih peka terhadap ancaman siber, termasuklah mematuhi amaran keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” katanya ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Polis Peringkat Daerah Meradong di sini, hari ini.

Dengan peningkatan kes jenayah siber, kerajaan berikrar akan terus memberi sokongan penuh kepada PDRM untuk meningkatkan kecekapan dalam menangani ancaman ini, demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terus terjamin.

Sehubungan itu Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok berkata, sambutan Hari Polis akan terus menjadi medan penghargaan buat seluruh warga PDRM atas jasa dan pengorbanan dalam memastikan keselamatan serta keamanan negara terus terpelihara.

“Penghormatan ini harus diberikan kepada anggota PDRM yang sentiasa bertugas dengan penuh komitmen dan keberanian, tanpa mengira masa serta keadaan,” katanya.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyalurkan geran khas MRP RM20,000 manakala ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing menyumbang RM10,000 kepada empat Kelab IPD Daerah Meradong untuk menjalankan aktiviti tahunan.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan