Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kastam Pulau Pinang, Rohaizad Ali menunjukkan sebahagian daripada 1,332 karton mercun dan bunga api tidak mengikut spesifikasi yang dirampas pada sidang media di Stor Penguatkuasaan JKDM Bagan Jermal di Butterworth hari ini. Foto TVS

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai RM1 juta tidak ikut spesifikasi

ByTVS

BUTTERWORTH, 25 Mac: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 1,332 karton mercun dan bunga api yang tidak mengikut spesifikasi termasuk bernilai hampir RM1 juta.

Rampasan dilakukan selepas JKDM Pulau Pinang melakukan serbuan ke atas tujuh buah kontena di dalam sebuah gudang di Perai dekat sini pada 11 dan 12 Mac lalu.

Pengarah JKDM Pulau Pinang, Rohaizad Ali berkata, serbuan yang dijalankan oleh Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Pulau Pinang itu turut memberkas seorang lelaki warga tempatan berusia 60-an bagi siasatan lanjut.

“Hasil siasatan lanjut mendapati mercun dan bunga api pelbagai jenama itu tidak mematuhi spesifikasi dan garis panduan yang ditetapkan dalam permit import (AP) yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia.

“Kesemua mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM360,767.50 dengan melibatkan cukai RM599,189.63 disita bagi siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di ibu Stor Penguatkuasaan JKDM Bagan Jermal di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung peranan suspek yang ditahan semasa dia berada di dalam gudang terbabit.

“Mercun dan bunga api itu dipercayai bagi dipasarkan sempena perayaan (Aidilfitri),” katanya lagi.

Ujar beliau, mercun dan bunga api merupakan barangan larangan dimana pengimportannya dibenarkan dengan syarat mempunyai lesen import di bawah Butiran 46, Bahagian I, Jadual Ketiga Perintah Larangan Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan